Bayi Stress Dalam Kandungan: Punca, Tanda dan Cara Dikesan

4 min bacaan

Kehamilan merupakan pengalaman yang sentiasa menggembirakan dan dalam masa yang sama, mencabar bagi sesetengah wanita hamil. Pelbagai gejala dan keadaan yang perlu dihadapi semasa kehamilan, termasuk komplikasi kesihatan yang boleh memberikan kesan yang serius kepada bakal ibu dan bayi. Salah satunya ialah gangguan bayi stress dalam kandungan di mana keadaan janin di dalam kandungan ibu tidak normal.

Keadaan ini boleh dikenalpasti dengan pemeriksaan rutin ke klinik ibu. Tekanan yang mungkin dihadapi oleh janin biasanya berlaku menjelang kelahiran bayi. Jika ini berlaku, doktor akan memantau denyutan jantung dan perkembangan bayi di dalam perut ibu. Pengetahuan asas tentang jenis-jenis gejala atau masalah yang boleh dihadapi semasa kehamilan perlu diketahui oleh setipa wanita hamil. Ini memudahkan bakal-bakal ibu ini melaporkan sebarang ketidakselesaan yang teruk kepada doktor untuk rawatan selanjutnya.

Penyebab bayi stress dalam kandungan

Antara faktor yang menyebabkan gangguan bayi stress dalam kandungan ialah:

Tanda tekanan janin

Tanda bayi stress dalam kandungan

Jadi, bagaimana gangguan janin ini dapat dikesan? Takkan nak tunggu hingga pemeriksaan di hospital baru tahu? Jika anda dapati degupan jantung bayi anda kuat dan stabil semasa pemeriksaan serta memberi tindak balas kepada rangsangan atau pergerakan ibu, ini bermakna bayi anda sihat. Namun jika anda alami sebarang gejala berikut, segeralah rujuk doktor anda.

  • Degupan jantung bayi turun sekitar 100 hingga 120 denyutan, di mana ini adalah tidak normal dan tidak stabil. Denyutan jantung yang tidak teratur ini menandakan berlakunya gangguan bayi stress dalam kandungan.
  • Posisi bayi yang tidak normal seterusnya menyebabkan kekurangan oksigen. Keadaan ini adalah serius dan doktor perlu mencari cara yang sesuai untuk mengatasinya. Jika ia menjadi semakin teruk atau tiada penyelesaian yang sesuai, pembedahan mungkin akan dilakukan untuk menyelamatkan bayi. Langkah ini sangat penting untuk mengelakkan kerosakan otak janin atau kematian janin.
  • Perubahan pergerakan bayi di dalam perut atau bayi berhenti bergerak secara tiba-tiba, hubungilah doktor anda dengan segera kerana ia adalah tanda-tanda tekanan janin.

Jika bayi masih dalam rahim dan mulai menelan mekonium (najis pertama), ini sangat serius. Mekonium yang bercampur dengan air ketuban boleh menjadi racun bagi janin sekiranya ditelan.

Bagaimanakah bayi stress dalam kandungan dapat dikesan?

Gejala-gejala tekanan janin di atas dapat dilihat semasa kelahiran bayi. Walau bagaimanapun, setiap wanita hamil perlu berhati-hati dengan sebarang petanda gangguan bayi stress dalam kandungan yang diberikan oleh badan mereka. Tubuh wanita akan segera menunjukkan tanda-tanda yang tidak normal sekiranya bayi menghadapi komplikasi di dalam rahim. Setiap wanita hamil perlu peka dan memantau keadaan tubuh anda sekiranya anda mengalami perkara-perkara berikut:

Ketiadaan pergerakan janin

Janin yang sihat akan bergerak sekurang-kurangnya 10 kali pada waktu siang. Walau bagaimanapun, setiap ibu perlu bersedia untuk jumlah pergerakan atau tendangan bayi yang dirasakan sepanjang kehamilan. Sebagai contoh anda harus ingat adakah bayi anda telah melakukan pergerakan atau tendangan sebanyak sekurang-kurangnya 10 kali pada waktu tertentu setiap hari. Doktor anda akan menerangkan tentang catatan pergerakan ini di dalam buku rekod kehamilan.

Berlaku pendarahan

Spotting atau pendarahan ringan biasa dialami semasa kehamilan. Namun, jika anda mengalami pendarahan yang banyak semasa hamil ini mungkin tanda-tanda keguguran. Segeralah hubungi doktor anda dan ke hospital berhampiran sekiranya anda mengalami pendarahan terutamanya semasa trimester pertama.

Bagaimanakah bayi stress dalam kandungan dapat dikesan

Kekejangan

Setiap wanita hamil akan mengalami kekejangan sepanjang fasa kehamilan mereka. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh beberapa perkara seperti kenaikan berat badan, perubahan hormon atau tekanan di bawah perut semasa hamil. Jika anda mengalami kekejangan diiringi pendarahan segera hubungi unit kecemasan perubatan untuk rawatan segera. Ia adalah salah satu gejala ketekanan janin atau tanda keguguran.

Kenaikan berat badan

Peningkatan berat badan semasa hamil sekitar 15 hingga 20 kilo adalah perkara biasa bagi kebanyakan wanita. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai jumlah kenaikan berat badan yang lebih rendah dari angka yang disebut, ini mungkin merupakan tanda tekanan janin. Ini berpunca daripada kekurangan khasiat dan nutrien yang diperolehi oleh bayi daripada diet pemakanan ibu. Walau bagaimanapun, peningkatan berat badan yang sangat banyak pula menunjukkan diabetis kehamilan pada janin dan janin mungkin akan berkembang menjadi lebih besar dan mungkin akan menyukarkan proses kelahiran.

Kelahiran pramatang

Gangguan ini berlaku sebelum 37 minggu kehamilan anda. Sekiranya anda mengalami keadaan ini, ia mungkin petunjuk berlaku gangguan bayi stress dalam kandungan. Proses kelahiran mungkin akan bermula pada tempoh yang tidak selamat dan ini menyebabkan timbul risiko kepada ibu dan bayi.

Akhir kata

Itulah dia beberapa gejala bayi stress dalam kandungan yang perlu diketahui oleh setiap wanita hamil. Pengetahuan asas tentang sebarang gejala atau masalah yang mungkin dihadapi semasa hamil perlu dimiliki oleh setiap wanita. Sekiranya anda mengalami sebarang gejala yang berlaku segeralah hubungi doktor anda dan melaporkan semua ketidakselesaan yang anda alami. Selain itu anda perlu sentiasa memantau degupan jantung bayi anda supaya anda berada dalam keadaan yang sihat.