Jangkitan Bakteria pada faraj Bakteria Vaginosis

Bakteria Vaginosis (BV): Jangkitan Bakteria Pada Faraj

3 min bacaan

Kehamilan adalah suatu perkara indah yang ditunggu oleh setiap wanita. Walau bagaimanapun perasaan gembira ini seringkali dihantui oleh perkara yang tidak disenangi sebagai contohnya jangkitan bakteria pada faraj yang dikenali sebagai bakteria vaginosis.

Ia adalah komplikasi serius yang dialami oleh wanita hamil apabila mereka berasa sakit di bahagian bawah perut seterusnya mengalami kesukaran melahirkan anak.

Bakteria vaginosis dianggap berbahaya kerana menyebabkan jangkitan pada janin, plasenta dan air ketuban semasa bersalin. Ia juga merupakan salah satu punca kelahiran pramatang dan jangkitan pundi kencing ibu.

Menurut kajian perubatan terdapat sekitar 15 hingga 20 % wanita hamil terpaksa berhadapan dengan jangkitan bakteria sepanjang fasa  kehamilan mereka.

Memandangkan jangkitan ini sangat berbahaya, adalah penting untuk anda mendapatkan bantuan perubatan sekiranya disyaki mengalami gejala ini.

Sekiranya wanita hamil mempunyai masalah atau jangkitan pundi kencing, rujuklah doktor dengan segera kerana ia boleh menyebabkan komplikasi terhadap wanita hamil dan bayinya.

Punca Jangkitan Bakteria Vaginosis

Jangkitan bakteria pada faraj

Ketidakseimbangan bakteria berguna dan berbahaya

Jangkitan bakteria pada faraj sering terjadi ketika tempoh kesuburan wanita. Ia berlaku kerana ketidakseimbangan bakteria berguna dan berbahaya yang berada di kawasan faraj. Anggaran kasar mengatakan bahawa satu dari setiap lima wanita boleh mendapat jangkitan ini pada bila-bila masa sahaja sewaktu hamil.

Salah satu jenis bakteria iaitu lactobacilli hidup di dalam setiap manusia dan sebagai bakteria berguna, ia membantu beberapa bahagian tubuh manusia untuk berfungsi dengan baik. Ia membantu dalam pemusnahan bakteria berbahaya di gejala-gejala. Sekiranya jumlah bakteria berguna mula berkurangan dan jumlah bakteria berbahaya meningkat, ini akan menyebabkan jangkitan pada badan.

Punca ketidakseimbangan bakteria masih belum dapat dikenal pasti, dan sebab sebenarnya masih belum dapat diketahui.

Peningkatan jumlah bakteria streptokokus

Antara bakteria yang berbahaya ialah bakteria streptokokus. Untuk pengetahuan bakal-bakal ibu, ia biasanya dijumpai di usus dan di dalam kulit seterusnya menyebabkan komplikasi kesihatan kepada bayi. Bagi wanita yang didiagnosis dengan jangkitan bakteria ini, mereka akan diberikan antibiotik dengan segera untuk keselamatan bayi mereka.

Antara punca jangkitan bakteria ini ialah memakan daging yang tidak dimasak serta produk tenusu yang tidak dipasteurisasi. Adalah penting untuk sentiasa membersih dan memastikan kebersihan sayur-sayuran dan buah-buahan serta dimasak dengan cara yang betul. Permukaan dapur juga perlu dipastikan bersih supaya bakteria ini tidak dapat merebak.

Gejala jangkitan bakteria pada faraj semasa hamil

 Bakteria Vaginosis

Terdapat beberapa kes di mana wanita hamil tidak mempunyai sebarang gejala sekiranya mengalami jangkitan bakteria. Namun kebanyakan wanita hamil menunjukkan simptom seperti pengeluaran cecair putih kelabu ini serta mempunyai bau busuk. Pengeluaran cecair ini biasanya berlaku selepas hubungan seksual, di mana ia bercampur dengan air mani pasangan seterusnya mengeluarkan bau yang busuk.

Ini akan membuatkan wanita hamil berasa tidak selesa di kawasan genital atau rasa pedih ketika membuang air kecil. Sekiranya anda mengalami satu atau lebih dari gejala ini segera hubungi doktor anda untuk mendapatkan pemeriksaan serviks atau pap smear. Cecair dari faraj anda akan diuji untuk mengetahui adakah anda dijangkiti bakteria vaginosis atau jangkitan lain.

Kemudian doktor akan memberikan ubat antibiotik yang perlu diambil mengikut nasihat doktor. Biasanya jangkitan bakteria tidak akan mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan janin. Terdapat beberapa ubat bakteria vaginosis yang boleh anda ambil untuk merawat jangkitannya.

Akibat Jangkitan Bakteria Vaginosis

Tahukah anda jika jangkitan bakteria pada tidak dirawat tepat pada waktunya akan meningkatkan risiko kelahiran pramatang? Selain itu, ianya mungkin akan menyebabkan berat bayi yang rendah berbanding dengan bayi lain yang dilahirkan oleh ibu yang tidak dijangkiti.

Terdapat juga kajian menunjukkan keguguran mungkin berlaku pada trimester kedua sekiranya seseorang wanita hamil itu mempunyai jangkitan bakteria pada faraj yang serius. Walau bagaimanapun ada segelintir kes dimana bayi berjaya dilahirkan dengan sihat dan normal walaupun ibunya dijangkiti bakteria tersebut.

Sekiranya anda mengalami sebarang gejala jangkitan bakteria ini segeralah rujuk doktor anda untuk rawatan seterusnya.