Bahaya Kafein Semasa Hamil

2 min bacaan

Amalan pemakanan yang seimbang sepanjang kehamilan merupakan salah satu perkara yang perlu diberi perhatian oleh bakal-bakal ibu. Antara pantang larang semasa kehamilan adalah pengambilan kafein yang berlebihan. Pada tahun 1980, FDA menerbitkan satu artikel tentang keburukan pengambilan kafein di kalangan wanita hamil.

Bahaya Kafein Semasa Hamil

Artikel tersebut mencadangkan supaya wanita hamil kurangkan pengambilan kafein atau mengelakkan minuman berkafien sepanjang kehamilan mereka.

Pengambilan kafein berlebihan dikaitkan dengan risiko kecacatan yang mungkin dialami oleh bayi selepas kelahiran. Hujah ini disokong oleh kajian perubatan yang dilakukan oleh Doktor Astrid Nehlig pada tahun 1994 dan diterbitkan dalam Journal of Neurotoksikology and Teratology. Persoalannya sekarang adakah pengambilan kafein masih dianggap berbahaya di kalangan wanita hamil kini?

Saranan terbaru dari doktor adalah untuk wanita hamil mengambil makanan atau minuman mengandungi kafein tidak melebihi 300 mg setiap hari.

Dapatan ini dibuktikan dengan kajian terkini yang menunjukkan tiada hubungan langsung cara kafein serta risikonya kepada perkembangan bayi sekiranya pengambilan kafein bakal-bakal ibu tidak melebihi 300mg setiap hari.

Hasil kajian ini dalam membuka mata doktor-doktor dan pakar-pakar perubatan untuk mengubah pandangan mereka terhadap risiko kafein kepada wanita hamil. Oleh itu adalah baik untuk anda merujuk doktor anda dan membincangkan kesan kafein terhadap diri anda atau bayi anda.

Apakah kafein?

Kafein adalah sejenis bahan perangsang yang merangsang sistem saraf pusat. Walaubagaimanapun ia mempunyai kesan buruk di mana dia mengurangkan penyerapan zat besi dan membuang kalsium dari badan anda. Kafein mempunyai kesan diuretik dan mampu memasuki plasenta dan membahayakan bayi anda.

Berikut adalah perkara yang akan terjadi akibat pengambilan kafein adalah:

  • penurunan kalsium dalam badan
  • anda mungkin akan dihidrasi atau tubuh anda kurang air
  • peningkatan tekanan darah
  • peningkatan kadar degupan jantung

Keadaan yang sama juga akan berlaku kepada bayi anda.

Namun satu perkara yang tidak sama adalah bayi anda mungkin akan mencuri kalsium yang diperlukannya dari tulang anda. Pengambilan kafein yang berlebihan dikaitkan dengan gangguan pertumbuhan janin yang normal.

Risikonya adalah berat badan bayi yang rendah semasa kelahiran carta kalenjar adrenal yang lemah yang dapat mempengaruhi kemampuan mengatasi tekanan dan mengatur gula dalam darah.

Itu mungkin lebih baik untuk anda mengelakkan pengambilan kafein atau sekurang-kurangnya mengurangkannya kepada 300 mg sehari. Ada juga beberapa pakar yang mengatakan bahawa jumlah pengambilan kafein tidak boleh melebihi 150 mg sehari.

Mungkin anda tidak dapat mengurangkan kafein dalam minuman atau makanan anda, namun anda perlu ingat keutamaan anda sewaktu hamil adalah keselamatan bayi anda.

Anda mungkin tidak akan merasakan sebarang kesan buruk setelah minum secawan kopi, namun anda perlu ingat bahawa hati bayi anda masih belum matang dan tidak dapat mengeluarkan kafein dari badan mereka.

Ini bermakna kafein yang diambil oleh ibu akan kekal bersama bayi selama 40 hingga 130 jam. Bahayanya!

Tahukah anda makanan dan minuman di bawah mengandungi kafein?

  • kopi : 100 – 200 mg setiap 227g
  • ubat sakit kepala : 65 – 130 mg
  • soda : 40 – 75 mg setiap tin
  • teh : 60 mg (teh hitam), 40 mg (teh hijau)
  • coklat gelap : 5 – 35 mg setiap 28g
  • coklat susu : 1 – 15 mg setiap 28g

Sentiasa rujuk doktor anda dan dapatkan nasihat beliau tentang pengambilan kafein yang dibenarkan sepanjang kehamilan anda.