Antibiotik untuk wanita hamil

Antibiotik Yang Sesuai Untuk Wanita Hamil

3 min bacaan

Pengambilan antibiotik adalah perkara normal sekiranya anda mengalami sakit tertentu. Wanita juga tidak terkecuali dan akan turut mengambil ubat ini untuk sembuh dari apa-apa jenis penyakit. Walau bagaimanapun wanita hamil perlu mendapatkan nasihat dari doktor atau pakar sakit puan dan pakar obstetrik. Doktor lain seperti doktor gigi juga akan merujuk dengan pakar obstetrik sebelum mengeluarkan apa-apa jenis antibiotik kepada wanita hamil.

 

antibiotik

Jenis-jenis antibiotik

Ianya mempunyai pelbagai jenis kategori,dan ia bergantung kepada jenis penyakit yang dialami oleh wanita hamil.

Kategori A
Ubat ini mempunyai kandungan antibiotik yang sangat sedikit. Ia dianggap sebagai antibiotik yang paling selamat. Ini kerana ubat kategori A tidak membahayakan janin pada trimester pertama atau mengganggu kelahiran bayi.

Kategori B
Kebanyakan antibiotik tergolong dalam kategori ini. Masih tidak ada bukti yang menyatakan berlaku kecacatan kelahiran atau sebarang masalah berkaitan kehamilan apabila ubat kategori ini diambil. Oleh yang demikian ubat kategori b selamat diambil oleh wanita hamil.

Kategori C
Tiada data yang lengkap mengenai bahaya penggunaan antibiotik kategori C sepanjang fasa kehamilan. Namun adalah lebih baik untuk wanita hamil tidak mengambil sebarang antibiotik kategori ini.

Kategori D
Ia merupakan kategori yang tidak selamat diambil dan perlu dielakkan oleh wanita hamil semasa kehamilan.

Dengan ini dapat disimpulkan bahawa pengambilan ubat ini oleh ibu hamil adalah dibenarkan.

Sebelum wanita hamil mengambil sebarang antibiotik untuk melegakan sakit atau ketidakselesaan mereka, terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan.

  • Jenis
  • Jumlah dos yang ditetapkan.
  • Tempoh yang diberikan.
  • Tempoh kehamilan semasa.

Anda perlu ingat tempoh kehamilan semasa anda adalah perkara yang sangat penting. Pengambilan antibiotik yang terlalu lama boleh menyebabkan kecacatan kepada janin atau ia juga boleh membahayakan janin sehingga menyebabkan keguguran.

Terdapat juga antibiotik yang selamat diambil dan penting untuk pertumbuhan janin. Contohnya adalah seperti penisilin, cephalosporins dan eritromisin. Pengambilan multivitamin setiap hari juga boleh diambil bersama antibiotik ini. Jika anda mengambil ubat-ubat tertentu untuk merawat jangkitan saluran kencing adalah dinasihatkan untuk mengambil 400 mg asid folik setiap hari.

Terdapat juga antibiotik yang selamat diambil dan penting untuk pertumbuhan janin

Walau bagaimanapun, sekiranya anda mengambil vitamin pranatal anda tidak perlu lagi mengambil dos tambahan untuk asid folik. Ini kerana vitamin pranatal tersebut sudah mengandungi kira-kira 800 mg asid folik.

Terdapat antibiotik yang sangat tidak selamat dan membahayakan janin. Sebagai contoh antibiotik yang digunakan untuk penyakit tuberkulosis, jangkitan pernafasan dan jerawat perlu dielakkan. Antibiotik yang digunakan untuk merawat tuberkulosis boleh menyebabkan bayi anda pekak. Manakala terdapat juga aktiviti yang boleh menghilangkan warna semulajadi gigi bayi.

Menurut kajian terkini yang diterbitkan oleh American Journal dan obstetrik dan ginekologi, kebanyakan wanita mengambil antibiotik semasa tempoh kehamilan mereka atau semasa bersalin. Penggunaan antibiotik semasa bersalin adalah satu perkara yang biasa diminta oleh wanita hamil supaya mereka dapat bertahan dan berupaya melalui proses kelahiran tersebut.

Walau bagaimanapun mereka tidak menyedari kesan buruk yang akan di alami oleh bayi mereka setelah lahir nanti. Pengambilan Ampisillin sebagai contohnya memberi kesan yang sangat buruk kepada kanak-kanak seterusnya menyebabkan ketidakmampuan sistem badan mereka untuk melawan jangkitan penyakit.

antibiotik yang sangat tidak selamat dan membahayakan janin

Berbincanglah dengan doktor anda tentang kesan atau bahayanya sepanjang tempoh kehamilan anda. Ini amat penting supaya anda tahu dan maklum tentang sebarang kesan sampingan yang boleh membahayakan janin. Setelah anda mendapat maklumat yang lengkap tentang jenis-jenis antibiotik serta kesan sampingan mereka, maka barulah doktor dapat mengeluarkan preskripsi yang sesuai kepada anda. Sentiasa ingat bahawa janin anda adalah perkara yang sangat penting jadi ia perlu diutamakan.

Tips:

Simpanlah nombor telefon pakar sakit puan anda di ‘speed dial’ telefon bimbit anda dan rujuklah mereka sebelum mengambil sebarang antibiotik sepanjang tempoh kehamilan anda.