Jangan biar Amemorrhea menjadi halangan

Jangan Biar Amenorrhea Menjadi Halangan Jika Nak Hamil

3 min bacaan

Amenorrhea adalah keadaan di mana ketiadaan tempoh haid berlaku kepada wanita yang berada dalam lingkungan umur yang subur untuk pembiakan. Secara umumnya wanita yang berusaha untuk hamil biasanya akan terlepas ‘window’ atau masa-masa yang sesuai untuk hamil.

Oleh yang demikian di dalam kebanyakan kes, ketiadaan haid atau gangguan dalam tempoh kitaran haid biasa akan menyebabkan wanita-wanita sukar untuk merancang kehamilan mereka. Keadaan ini mungkin akan menurunkan motivasi seseorang wanita yang merancang untuk hamil, tetapi anda perlu ingat bahawa setiap masalah atau anomali perlu dirujuk kepada doktor.Amenorrhea

 

Gangguan kitaran haid ini adalah Amenorrhea dan puncanya masih tidak dapat dijelaskan. Istilah amenoria berasal dari bahasa Yunani, ‘a’ bermaksud ‘tanpa’, ‘men’ bermaksud bulan, ‘rhea’ bermaksud aliran keluar. Ianya biasanya berlaku ke atas wanita sepanjang fasa kehamilan atau penyusuan.

Terdapat juga kes di mana ianya berlaku terhadap wanita walaupun selepas mereka menjangkau tempoh menopause. Keadaan ini tidak dapat dipastikan, adakah ia kekal sementara.

Jenis Amenorrhea

Bagi wanita yang mampu hamil ketika mengalami Amenorrhea, mereka perlu berhati-hati dan menjaga kesihatan mereka sepanjang masa. Amenorrhea Primer berlaku ke atas gadis yang masih belum mendapat haid pada usia 16 tahun. Keadaan ini tidak mempunyai hubungan dengan keupayaan seseorang wanita untuk hamil. Ianya biasanya berlaku pada gadis-gadis yang sangat kurus dan gadis-gadis yang aktif dalam sukan. Ini disebabkan keadaan fizikal mereka yang tidak mempunyai lemak badan yang mencukupi untuk merangsang estrogen dan hormon seks.

Manakala Amenorrhea sekunder adalah keadaan yang berlaku ke atas gadis yang telah menjalani kitaran haid yang biasa. Gadis-gadis ini akan mengalami gangguan kitaran haid di mana tiada pendarahan berlaku selama tiga hingga empat bulan secara berturut-turut. Jangan risau kerana ianya biasanya disebabkan oleh pengurangan tahap hormon, kemandulan atau komplikasi pembiakan menopause pramatang dan pembentukan parut intrauterine.

Jenis Amenorrhea ketiga ialah hipotalamus Amenorrhea, di mana hipotalamus bersama bahagian basal dan diencephalon yang mengawal sistem saraf autonomi. Keadaan hipotalamus yang tidak normal mengakibatkan lemak badan rendah, gangguan selera makan, kegemukan serta kehamilan.

Faktor-faktor

Terdapat pelbagai jenis punca yang menyebabkan wanita mengalami Amenorrhea. Di antaranya ialah ketidakseimbangan hormon yang sering berubah, keabnormalan hormon seks serta rutin pemakanan yang tidak sihat.

Berikut ialah di antara punca yang menyebabkan ianya berlaku.

  • Kecacatan pada sistem pembiakan wanita
  • Ketiadaan pembukaan membran di pintu masuk faraj (hymen)
  • Masalah kelenjar pituitari hypothalamus yang tidak normal
  • Kehamilan
  • Tekanan dan kemurungan
  • Penurunan berat badan secara drastik
  • Ketidakseimbangan hormon (seperti PCOS atau polycystic ovarian syndrome)
  • Gangguan endokrin (seperti penyakit tiroid dan penyakit hipofisis)
  • Pil perancang dan amalan kontraseptif
  • Kegagalan ovari pramatang dan menopaus

Simptom-simptom

Terdapat tanda lain yang jelas sekiranya seseorang wanita itu mengalami Amenorrhea, selain daripada gangguan kitaran haid mereka. Antaranya ialah peningkatan bulu roma di muka, suara yang menjadi lebih dalam, pengurangan ukuran payudara, dorongan seks yang rendah serta rembesan payudara.

Ia juga boleh menyebabkan komplikasi lain yang berbahaya seperti sindrom ovari polikistik (PCOS), sista ovari, hirsustisme dan fibroid rahim. Wanita yang mengalami Amenorrhea akan menderita gangguan pada sistem pembiakan mereka dikenali sebagai anovulasi. Ini berlaku bila sel telur yang terhasil gagal matang seterusnya tidak mencapai ovulasi.

Alternatif rawatan Amenorrhea akan berjalan dengan lancar apabila faktor yang menyebabkan kehilangan kitaran haid ini dikesan. Di dalam sesetengah kes yang kecil, hanya sedikit perubahan diperlukan. Sebagai contoh, mengubah diet pemakanan serta gaya hidup anda yang lebih sihat akan dapat mengatasi gangguan ini.

Bagi wanita yang mengalami gangguan Amenorrhea yang teruk, mereka perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan diagnosis yang menyeluruh. Setelah itu alternatif rawatan yang diperlukan akan dicadangkan oleh doktor anda. Jika anda menghidap Amenorrhea, tidak bermaksud anda tidak boleh hamil. Dengan merujuk pakar kesihatan dan mendapatkan khidmat nasihat mereka anda juga mampu hamil dan melalui kelahiran dengan selamat.