4 Minit Jadi Pakar Alahan Mengandung Gatal Kulit Di Rumah

4 min bacaan

“Aduh..gatalnya!” “Lihat perut saya, habis calar balar!” Ini adalah di antara rungutan dan keluhan wanita hamil apabila mengalami alahan mengandung gatal kulit di bahagian perut mereka. Alahan mengandung gatal kulit ini sebagai salah satu gejala kehamilan akan meningkat pada trimester kedua dan ketiga apabila perut mereka semakin membesar. Ia juga mungkin akan terjadi pada tapak kaki atau tapak tangan. Namun jangan risau kerana keadaan ini adalah perkara biasa yang dialami oleh wanita hamil sepanjang fasa kehamilan mereka.

Mengapa saya berasa gatal-gatal?

Perut gatal ketika hamil

Punca utama alahan mengandung gatal kulit ialah perkembangan rahim yang menyokong ahli baru keluarga anda. Pengembangan rahim anda menyebabkan kulit perut anda meregang dan menjadi gatal. Selain itu, kulit yang kering  juga akan menjadikan ia gatal. Keadaan ini dipanggil xerosis.

Pada trimester terakhir juga, tompok-tompok gatal yang besar mungkin akan muncul di perut wanita serta di beberapa bahagian tubuh yang lain. Keadaan ini dikenali sebagai papula urtikaria pruritik dan plak kehamilan (PUPPP). Terdapat sesetengah kes di mana rasa gatal di perut merebak ke kawasan lain seperti paha dan lengan. Anda mungkin akan merasi kegatalan yang teruk namun ia tidak akan membahayakan anda dan bayi. Hanya 1% wanita hamil yang mengalami PUPPP yang perlu mendapatkan rawatan lanjut dari hospital.

Perut gatal ketika hamil alahan mengandung gatal kulit

Alahan mengandung gatal kulit di bahagian lain

Sesetengah wanita hamil juga akan mengalami ruam yang muncul apabila kulit yang berpeluh bergesel dengan pakaian. Anda mungkin akan berasa tidak selesa, terutamanya di bahagian tubuh tertentu seperti siku, belakang lutut atau di bahagian kulit yang berlipat.

Bagi wanita yang pernah hamil sebelum ini, mereka mungkin akan mengalami prurigo, sejenis masalah kulit di mana kulit anda akan menjadi sangat sensitif. Lebam kecil akan muncul di beberapa bahagian di tubuh seperti di kaki, tangan atau lengan yang akan membuatkan ibu-ibu berasa tidak selesa. Namun, ia tidak akan membahayakan anda dan bayi.

Antara sebab lain yang membuatkan seseorang wanita hamil gatal-gatal ialah mengalami kehamilan pemphigoid. Ia adalah kulit gatal yang melepuh yang sangat tidak selesa di kalangan wanita hamil. Alahan mengandung gatal kulit ini biasanya terjadi pada trimester ketiga, namun terdapat segelintir kes di mana ia berlaku semasa awal kehamilan. Ia mungkin akan membahayakan bayi kerana masalah kulit ini agak serius hingga boleh menyebabkan tumbesaran bayi terbantut atau kelahiran pramatang.

Alahan mengandung gatal kulit di bahagian lain

Punca lain ialah kolestasis intrahepatik yang berlaku semasa kehamilan yang disebabkan oleh aliran hempedu yang normal dipengaruhi oleh peningkatan hormon dalam tubuh wanita hamil. Sekitar 2% wanita mungkin akan mengalami keadaan ini menderita rasa gatal yang melampau sehingga mereka akan menggaru dengan kerap hingga luka.

Wanita yang mengalami kolestasis intrahepatik mungkin terpaksa berhadapan dengan alahan mengandung gatal kulit ini hingga selepas kelahiran bayi dan terpaksa melaluinya pada kehamilan akan datang berbanding dengan masalah kulit yang lain.

Kemaluan gatal ketika hamil

Wanita yang pernah hamil khususnya mungkin akan mengalami gatal-gatal di faraj yang disebabkan oleh peningkatan pH . Ia juga mungkin akibat penyakit kelamin atau jangkitan mikroba. Selain itu, jangkitan ragi boleh menyebabkan kegatalan yang sederhana pada mulanya dan berubah menjadi teruk.

Petua hilangkan gatal ketika mengandung

Umum mengetahui bahawa wanita hamil tidak boleh mengambil ubat sebarangan semasa tempoh kehamilan mereka. Namun, tips atau perubatan di rumah mungkin boleh dicuba untuk melegakan kesakitan yang dialami. Anda dinasihatkan untuk merujuk doktor terlebih dahulu sebelum melaksanakan sebarang rawatan kendiri di rumah.

Petua hilangkan gatal ketika mengandung alahan mengandung gatal kulit

  1. Elakkan mandi air panas – ia boleh membuatkan kulit anda menjadi kering. Gunakan sabun mandi yang sesuai, seperti produk oatmeal yang dikatakan boleh menenangkan dan melegakan kulit. Jangan gosok badan dengan berus mandi atau span semasa mandi. Selain itu, anda boleh sapu losyen pelembap kulit yang sesuai.
  2. Sapu pelempab kulit yang berkualiti – ia disapu selepas mandi semasa kulit masih basah. Ia membantu kulit menyerap kelembapan dengan optimum. Produk kulit berkualiti yang mengandungi mentega koko boleh meredakan alahan mengandung gatal kulit anda. Ekstrak lidah buaya juga dikatakan dapat mengurangkan kesan regangan.
  3. Sapu bedak sejuk atau serbuk baking soda yang dicampur dengan air – ia dikatakan berkesan untuk melegakan kegatalan kulit. Penggunaan krim anti-gatal seperti losyen calamine juga disyorkan untuk meredakan rasa gatal-gatal.
  4. Memakai pakaian yang longgar dan elakkan pakaian yang dibuat dari poliester atau bahan sintetik yang lain kerana ia memerangkap haba seterusnya menyebabkan kegatalan. Memakai seluar dalam kapas juga berkesan untuk mengelakkan kegatalan di faraj. Anda juga perlu sentiasa menjaga kebersihan dan memastikan kawasan sulit anda kering.
  5. Minum air dengan banyak supaya kekal terhidrasi, amalkan diet seimbang kerana ia bermanfaat kepada kulit anda.
  6. Jika menghidapi PUPPP, sapukan bedak tanpa bau pada lipatan kulit seperti di bawah payudara dan di antara paha untuk menghilangkan kegatalan atau kerengsaan.

Alahan mengandung gatal kulit semasa kehamilan ialah satu lagi gangguan yang tidak diperlukan oleh bakal-bakal ibu. Namun, ia terpaksa dihadapi jua semasa hamil. Berita baiknya ialah ia boleh diubati dan dielakkan dengan tips-tips di atas. Rujuk doktor serta mengkaji keadaan ini untuk memahami punca masalah kulit ini sangat bermanfaat untuk setiap wanita hamil.