5 Alahan Kulit Semasa Mengandung Yang Merunsingkan

5 Alahan Kulit Semasa Mengandung Yang Merunsingkan

3 min bacaan

Wanita hamil biasanya akan berasa runsing dengan salah satu alahan kulit semasa mengandung iaitu ‘stretch marks’ atau tanda regangan sepanjang tempoh kehamilan mereka. Kerisauan mereka akan memuncak apabila selesai melalui kelahiran dan ‘stretch mark’ masih kelihatan. Perubahan fizikal yang dialami semasa hamil adalah pengalaman berharga bagi setiap wanita.

Alahan Kulit Semasa Mengandung

Apabila seseorang wanita itu bergelar ibu, perkara yang akan menjadi keutamaannya ialah bayinya. Seseorang ibu itu akan sentiasa mengambil berat tentang kebajikan anaknya walaupun anaknya telah berkeluarga. Soalan seperti ‘dah makan atau belum’ atau ‘makan apa hari ini’ adalah antara isu perbualan antara ibu dan anaknya.

Apabila seseorang wanita itu jealous melalui fasa kehamilan, secara automatiknya dia akan berubah menjadi ibu serta memikul pelbagai tanggungjawab di bahunya. Ada sesetengah kes di mana seorang ibu itu bersikap ‘overprotective’ atau terlalu mengambil berat tentang anaknya.

Berbanding perubahan fizikal atau emosi yang dialami oleh wanita hamil, alahan kulit semasa mengandung pula adalah perkara biasa yang dihadapi semasa kehamilan. Masalah kulit akan muncul pada trimester pertama dan mungkin akan hilang selepas satu tahun kelahiran bayi. Keadaan ini memerlukan perhatian serta rawatan yang khusus dari ibu itu sendiri.

Terdapat lima (5) keadaan alahan kulit semasa mengandung yang akan dialami oleh kebanyakan wanita sepanjang masa kehamilan mereka.

Perubahan warna kulit

Perubahan warna kulit alahan kulit semasa mengandung

Perubahan pigmentasi kulit semasa kehamilan terjadi disebabkan oleh pergeseran hormon dalaman. Melasma adalah keadaan di mana bintik-bintik gelap, hiperpigmentasi terutama di dahi dan pipi akan mula muncul di wajah wanita hamil. Ini sering menimbulkan kerunsingan di kalangan wanita yang mementingkan kecantikan kulit mereka.

Melasma berlaku disebabkan oleh peningkatan kepekaan kulit terhadap cahaya matahari semasa fasa kehamilan. Salah satu cara untuk mengelakkan alahan kulit semasa mengandung ini ialah memakai losyen pelindung matahari yang sesuai semasa melakukan sebarang aktiviti luar. Selain itu, menggunakan ‘mask’ atau topeng jus lemon-madu tiga kali seminggu akan dapat membantu mengurangkan intensiti pigmentasi.

Namun terdapat satu kesan positif semasa kehamilan di mana kulit anda akan kelihatan halus serta pipi berwarna kemerahan yang menambah seri wanita hamil.

Kulit kering, ruam dan jerawat

Peningkatan hormon yang tidak stabil semasa kehamilan menyebabkan masalah kulit seperti ruam, jerawat serta kulit kering. Ia menyebabkan kulit menjadi gatal serta bersisik di beberapa bahagian badan. Kepekatan kelenjar sebum di sebahagian tubuh badan menyebabkan ia menjadi kawasan yang berminyak, dan di situlah keluarnya jerawat.

Stretch mark

Stretch mark alahan kulit semasa mengandung

Tanda regangan adalah di antara alahan kulit semasa mengandung yang paling dirisaukan oleh wanita hamil. Ini kerana stretch marks adalah antara masalah kulit yang akan kekal selamanya. Ia terjadi akibat dari kulit perut yang meregang disebabkan peningkatan ukuran rahim (untuk menampung janin yang sedang membesar). Gejala ini dapat dielakkan dengan mengamalkan senaman secara teratur dan menggunakan losyen atau krim yang mengandungi vitamin E sejak awal kehamilan.

Tanda perut lain yang muncul semasa kehamilan ialah linea nigra, yang menyerupai linea alba. Ia adalah garisan atau gelap yang dari pusat hingga ke titik tengah tulang kemaluan. Garis ini biasanya timbul pada bulan ke-4 dan bulan ke-6 kehamilan.

Alahan kulit semasa mengandung yang lain

  • Tapak kaki dan tapak tangan yang kering diiringi rasa gatal adalah perkara biasa yang dihadapi bakal-bakal ibu semasa tempoh kehamilan.
  • Kemunculan urat labah-labah di wajah serta kaki juga adalah perkara normal yang dihadapi oleh wanita hamil. Ia akan hilang selepas melahirkan anak dan dapat disorok dengan mudah dengan penggunaan produk kosmetik yang sesuai.

Kebanyakan wanita akan berasa tidak selesa kerana alahan kulit semasa mengandung yang timbul seperti di sepanjang paha, ketiak atau di bawah payudara. Adalah penting untuk menjaga kebersihan di kawasan-kawasan ini supaya dapat mengelakkan alahan kulit semasa mengandung yang tidak diingini.

Sebilangan wanita akan mengalami gatal-gatal di seluruh badan atau sangat sensitif terhadap cuaca panas, cahaya, sentuhan dan lain-lain. Ada juga yang mengalami tekanan emosi seterusnya menyebabkan peningkatan jerawat, perubahan warna kulit atau mengalami eksim akibat pengeluaran hormon yang tidak stabil.