Ubat Anti Virus Acyclovir Dan Kehamilan: Selamat tak?

Ubat Anti Virus Acyclovir Dan Kehamilan: Selamat tak?

3 min bacaan

Tahukah anda, jangkitan virus herpes simplex (HSV) ialah masalah yang akan mengganggu anda seumur hidup. Herpes oral dan herpes genital merupakan masalah yang sangat serius dan menakutkan bagi setiap individu. Tiada gejala yang ditunjukkan bagi pesakit yang menderita herpes genital, seterusnya membuatkan ia sangat berisiko kepada pasangannya.

Ia juga sangat berbahaya kepada ibu dan bayi. Malangnya penyakit ini masih lagi tiada penawarnya. Oleh itu herpes genital semasa kehamilan adalah perkara yang sangat membimbangkan bagi setiap ibu mengandung. Dengan langkah berjaga-jaga serta rawatan yang betul jangkitan HSV kepada bayi akan dapat dicegah secara berkesan.

Herpes dan kehamilan

Menurut kajian perubatan antara 20 hingga 25 daripada 100 wanita hamil akan dijangkiti herpes genital. Ini adalah fakta yang sangat menakutkan untuk setiap wanita yang hamil. Dari jumlah tersebut kurang dari satu peratus wanita hamil akan mempunyai komplikasi akibat jangkitan herpes. Sekitar 80% wanita yang telah dijangkiti HSV melaporkan bahawa ini akan berulang pada luka genital setiap kali mereka hamil. Kadar jangkitan virus herpes kepada wanita hamil serta bayi yang dikandungnya adalah tinggi.

Apa itu Acyclovir?

 

Acyclovir

Acyclovir ialah satu ubat yang terkenal yang digunakan untuk memerangi virus herpes (herpesviridae) dan ia mempunyai kesan sampingan yang rendah. Ubat anti virus ini dihasilkan di dalam pelbagai jenis bentuk yang berbeza. Terdapat tablet yang disediakan dalam kapasiti yang berlainan (200 mg kepada 1 gram), topical (kekuatan 5 peratus) dan suntikan (kepekatan 20mg / ml).

Acyclovir juga dikenali bagai acycloguanosine yang digunakan untuk merawat jangkitan virus herpes simplex (HSV) dan virus varicella-zoster (VZV). Ubat antivirus ini merupakan ubat yang sesuai untuk merawat herpes genital di kalangan wanita hamil.

Adakah acyclovir selamat diambil wanita hamil?

Wanita hamil yang dijangkiti virus herpes genital pada fasa kehamilan terakhirnya akan juga mengalami wabak primer yang berisiko tinggi kepada bayi. Dalam situasi ini, risiko bayi yang melalui kelahiran normal dijangkiti herpes adalah sebanyak 50%. Keadaan lain pula bayi yang baru dilahirkan juga berisiko dijangkiti herpes kongenital sejak dari dalam rahim ibunya lagi.

Untuk mengelakkan keadaan seperti ini berlaku, ubat antivirus acyclovir akan diberikan kepada wanita yang dijangkiti herpes sewaktu trimester ketiga beliau. Tujuan utama ubat ini diberikan ialah untuk mengawal luka genital sebelum tiba waktu kelahiran bayi.

Isu keselamatan wanita hamil sering menjadi topik perbahasan di kalangan pakar perubatan. FDA beranggapan pil antivirus serta suntikan tidak sesuai diberikan kepada wanita hamil. Ini disenaraikan di bawah kategori kehamilan B di mana terdapat kesan sampingan negatif yang akan membahayakan ibu hamil serta bayinya.

Masalah kesihatan tetap akan wujud walaupun rawatan herpes kehamilan diberikan kepada wanita. Terdapat hasil penyelidikan yang mengatakan acyclovir akan menyekat DNA ibu hamil. Ia dikenalpasti sebagai agen mutagenik untuk kromosom.

Pakar perubatan berpendapat sekiranya manfaat lebih banyak daripada kesan sampingan, maka wanita hamil dinasihatkan untuk menggunakan acyclovir sebagai rawatan semasa kehamilan. Ubat antivirus ini disyorkan untuk merawat herpes genital pada ibu hamil setelah faedah dan kesan sampingan yang timbul dibincangkan oleh pakar perubatan.

Dapat dirumuskan bahawa belum ada laporan perubatan yang sahih yang menyatakan komplikasi besar akan dialami oleh wanita hamil sekiranya menggunakan ubat anti virus ini. Oleh itu wanita hamil boleh mengambil ubat acyclovir di bawah pengawasan perubatan yang ketat.

Bagi bayi yang dijangkiti virus herpes simplex dari ibunya, akibatnya adalah sangat serius. Gejala-gejala seperti ruam kulit ringan serta luka di mata, mulut dan kawasan sebelah badan adalah di antara simptom yang dialami oleh ibu. Bagi bayi pula jangkitan akan merebak ke otak dan sistem saraf pusat seterusnya menyebabkan komplikasi yang teruk.

Sekiranya doktor mengesahkan bayi tersebut dijangkiti herpes, akan diberikan melalui suntikan intravena dengan segera. Tempoh terapi antivirus akan dijalankan selama 10 hari sehingga 3 minggu dan ia bergantung kepada tahap bahaya jangkitan tersebut.