5 Prinsip Utama Pemakanan Ibu Hamil

3 min bacaan

5 Prinsip Utama Pemakanan Ibu Hamil

Setiap wanita yang merancang kehamilan mereka perlu sedar kepentingan penjagaan diri demi kesihatan bayi. Rutin pemakanan yang seimbang dan berkhasiat perlu diamalkan sepanjang kehamilan. Sekiranya anda ialah seorang yang mengamalkan diet seimbang sebelum ini, maka anda tidak akan menghadapi sebarang masalah menyesuaikan diri dengan jadual pemakanan yang selaras dengan kehamilan anda.

Lima perkara berikut dianggap sebagai memberikan manfaat yang tinggi sepanjang kehamilan. Sekiranya anda berdisiplin dan mengambil pemakanan mengikut jadual ini, tubuh anda akan kekal cergas dan sihat, dan bayi anda akan mendapat semua nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan yang kuat dan sempurna.

Minum air dengan banyak

Pengambilan air yang banyak semasa hamil adalah sangat penting kerana ia akan membantu membuang toksin dari badan anda dan ia mengurangkan pengekalan air. Jika anda ingin melalui tempoh kehamilan dengan sihat, minum air secukupnya amat diperlukan supaya anda kekal terhidrasi. Air juga dapat membantu mengelakkan sembelit dan sakit kepala yang sering dialami oleh wanita hamil.

Elakkan makanan yang diproses

Anda mungkin boleh pertimbangkan untuk masakan yang sihat dan elakkan mengambil makanan yang diproses. Pengambilan diet pemakanan yang seimbang sangat penting untuk memulakan kehamilan anda. Elakkan makanan yang diproses kerana ia mengandungi natrium, garam, bahan pengawet serta bahan perasa yang tinggi dan mungkin boleh membahayakan bayi anda.

Selain itu anda mungkin akan menghadapi keadaan pengekalan air dalam tubuh sekiranya mengambil makanan yang diproses, seterusnya menyebabkan berat badan berlebihan. Oleh itu pilihlah makanan yang sihat dan yang memberikan nutrien mencukupi untuk tubuh anda dan bayi anda.

Beli tanaman organik

Pengambilan makanan organik seperti sayur-sayuran, buah-buahan atau produk tenusu mempunyai banyak manfaat kepada wanita hamil. Ia mudah didapati dan juga sebenarnya lebih murah berbanding makanan atau hasil tanaman biasa. Makanan organik mempunyai asid amino dan asid lemak yang lebih tinggi berbanding versi yang bukan organik.

Buah-buahan atau sayur-sayuran yang tidak ditanam dengan cara organik mempunyai kepekatan racun perosak yang tinggi yang boleh membahayakan anda dan bayi anda. Contohnya adalah saderi, epal, strawberi, blueberry, bayam, paprika, kangkung, ceri, anggur dan kentang.

Mengambil sayur dalam setiap hidangan

Salah satu makanan yang perlu dijadikan sebagai salah satu hidangan wajib makan adalah sayur-sayuran. Apabila anda semakin menghampiri trimester ketiga, pengambilan sayur yang banyak adalah sangat penting dalam setiap hidangan.

Sayur-sayuran mempunyai serat yang tinggi dan ini akan dapat mengelakkan sembelit yang sering dialami oleh wanita hamil. Selain itu anda juga akan berasa lebih kenyang dan mendapat nutrien yang banyak yang dapat dibekalkan kepada bayi anda.

Lemak sihat dalam hidangan

Selain lemak yang tidak diperlukan oleh anda, ada juga lemak sihat yang anda boleh ambil semasa kehamilan. Antaranya ialah minyak zaitun, mentega organik, kacang mentah, mentega kacang dan alpukat. Lemak sihat ini dapat membantu anda berasa lebih kenyang, ambil mengalirkan nutrisi yang mencukupi kepada anda dan membantu perkembangan kognitif bayi anda.

Sekarang anda pasti lebih jelas tentang apa makanan yang perlu anda ambil kehamilan anda. Anda perlu ingat bahawa setiap makanan yang anda ambil akan memberikan kesan bukan sahaja kepada anda tetapi kepada bayi anda. Oleh itu, anda perlu sentiasa rujuk doktor tentang makanan yang sesuai dan seimbang yang boleh anda amalkan masa kehamilan.