Makanan Pertama Bayi: Panduan Mudah Memulakan Makanan Pejal

4 min bacaan

Salah satu perkara yang ditunggu-tunggu oleh setiap ibu bapa ialah memperkenalkan makanan pertama bayi anda yang pejal kerana ia menyeronokkan, memberi ganjaran dan menambah berat badan bayi. Namun agak sukar untuk mengetahui dengan tepat bagaimana dan bila untuk memulakannya. Bayi anda perlu berusia sekurang-kurangnya empat (4) bulan.

Bilakah bayi anda boleh mengambil makanan pejal?

Sebelum ini, sistem pencernaannya yang belum matang akan menghadapi masalah memproses makanan pejal.

Umur

Walau bagaimanapun, kebanyakan profesional perubatan akan menasihati untuk menunggu sehingga bayi anda berusia sekurang-kurangnya enam (6) bulan, untuk mengurangkan risiko alahan makanan.

Umur bayi anda bukan satu-satunya perkara yang menentukan sama ada bayi anda telah bersedia untuk makanan pejalnya yang pertama. Terdapat faktor lain yang perlu diambil kira apabila menentukan sama ada bayi anda boleh menerima makanan pejal tersebut.

Tanda-tanda persediaan

Cuba perhatikan sebarang tanda-tanda yang menunjukkan kesediaan bayi anda. Antaranya adalah adakah bayi anda memerhatikan anda dengan penuh bersemangat semasa anda makan, dan matanya mengikuti pergerakan makanan anda dari pinggan ke mulut? Peningkatan minat dalam makanan pejal boleh menunjukkan bahawa bayi anda telah bersedia untuk mencuba sendiri makanan tersebut.

Keputusan untuk memperkenalkan makanan pepejal kepada bayi anda mesti dibuat oleh anda dan doktor anak anda. Anda mungkin merasa tertekan disebabkan oleh orang lain – terutamanya generasi yang lebih tua – yang mungkin mengatakan untuk memberikan makanan pejal kepada bayi anda lebih awal daripada cadangan perubatan.

Yang Berkaitan:  Senarai Makanan Untuk Banyakkan Susu Badan (LAKTOGENIK)

Anda perlu sedar bahawa banyak maklumat dan pengetahuan kini boleh dirujuk di atas talian atau melalui majalah keibubapaan. Kajian dan bacaan tentang perkara yang sama dapat memberikan ibu-ibu ilmu baharu tentang anak mereka. Penyelidikan yang diadakan pada waktu sekarang sangat bermanfaat sebagai salah satu sumber rujukan ibu bapa.

Jika dibandingkan dengan 10 tahun sebelum ini, agak sukar untuk ibu-ibu mempelajari pengetahuan asas keibubapaan. Kini semua di hujung jari dan anda hanya perlu klik ‘cari’ setelah memasukkan tajuk carian.

Makanan pertama bayi terbaik

Bubur atau bijiran

Bubur atau bijirin yang mudah dicerna adalah makanan pertama bayi yang sesuai untuk bayi anda. Anda boleh campurkan ia dengan susu ibu atau susu formula yang panas supaya bayi anda tidak berasa pelik dengan makanan baru ini.

  1. Mulakan dengan membancuh campuran ini supaya tidak terlalu pekat atau cair, dan cuba berikan kepada bayi dan lihat reaksinya. Anda perlu mencuba untuk mengubah tekstur makanan ini setiap kali waktu makan bayi anda.
  2. Mulakan dengan satu sudu bubur dahulu, dan berikan bayi makanan pejal ini pada waktu makan tengah hari.
  3. Berikan sedikit susu dahulu sebagai makanan alas perut sebelum mencuba memberi bayi anda bubur. Jika bayi anda berasa terlalu lapar, moodnya akan terganggu seterusnya membuatkan bayi anda meragam dan mengganggu sesi makannya.

Bayi anda akan berasa gembira dan seronok jika anda memberikan reaksi yang menggalakkan semasa makan. Jangan berasa tertekan apabila bayi anda mengeluarkan makanan yang disuap dari mulutnya. Ini disebabkan oleh naluri mereka serta refleks ini akan berkurangan setelah mereka dapat membiasakan diri dengan tekstur makanan pejal tersebut.

Yang Berkaitan:  Cara Panaskan Susu Badan Dengan Selamat Dari Peti Sejuk

Tips: Namun jika anda dapati bayi anda tidak berminat untuk mencuba makanan tersebut, cubalah pada hari-hari yang berikutnya.

  • Jangan putus asa ya.
  • Jangan paksa bayi anda makan atau habiskan makanan mereka kerana ia akan membuatkan mereka berasa trauma.
  • Jangan terburu-buru untuk memperkenalkan makanan pejal kepada bayi kerana susu mengandungi semua khasiat yang diperlukan untuk membesar.

Sayur-sayuran

Apabila bayi anda semakin selesa dan boleh menerima makanan mereka, anda boleh beralih ke makanan lain seperti sayuran segar pula. Sesetengah bayi mungkin tidak menggemari bubur atau nasi, dan mungkin mereka akan tolak sayuran juga.

Mulakan dengan hanya satu sayur dahulu semasa memberi bayi anda makan. Kemudian tunggu selama kira-kira empat (4) hari sekiranya bayi mempunyai sebarang alahan kepada sayuran tersebut atau menyebabkan masalah pencernaan pada bayi anda.

Antara sayur-sayuran lain yang boleh diperkenalkan sebagai makanan pertama bayi adalah:

  • labu madu atau ‘butternut’,
  • ubi jalar,
  • lobak merah,
  • swede (rutabaga)
  • dan kentang putih.

Sayuran ini boleh direbus atau dikukus kemudian dibersihkan. Lenyekkan sayuran tersebut dan hidangkan pada si manja anda. Selain itu, anda boleh cuba bakar ubi jalar dan berikan kepada bayi anda.

Apa kata gabungkan beberapa jenis sayuran yang berbeza untuk menggalakkan bayi anda mencuba sayuran. Rasa baharu dan unik ini mungkin akan menarik minat bayi anda untuk makan mengikut masanya.

Buah-buahan

Setelah bayi anda selesa dan boleh terima sayur-sayur dalam pemakanan mereka, tibalah masa untuk perkenalkan buah-buahan sebagai makanan pertama bayi anda pula.

Antara pilihan buah yang baik adalah sesuai dihidangkan sebagai makanan pertama bayi:

  • pisang
  • avokado
  • epal dan;
  • pir.

Tips: Elakkan buah sitrus pada tahun pertama atau menjadi sebahagian daripada makanan pertama bayi anda, ia boleh menyebabkan alahan kepada bayi anda.

Yang Berkaitan:  Cara Hilangkan Kembung Perut Bayi Ibu Mesti Ketahui

Menu Gabungan

Jika anda ingin mencuba menu makanan pertama bayi baru pula, cuba gabungkan sayuran dan buah-buahan bersama. Antaranya kombinasi

  • epal dan lobak merah,
  • pisang dengan ubi dan beberapa kombinasi yang lain.

Mungkin rasa baru yang terhasil lebih enak dan digemari oleh bayi anda.

Perkara yang paling penting adalah sentiasa peka dengan tanda-tanda yang diberikan oleh bayi anda. Adakah bayi anda sering menghabiskan makanannya atau seperti meminta lebih lagi? Perhatikan juga sebarang reaksi alahan dan rujuk doktor jika ada.

Oleh itu, perkenalkan makanan pertama bayi yang terdiri daripada diet yang sihat dan berkhasiat. Pilih dan sediakan hanya bahan-bahan yang segar dan bersih untuk bayi anda, dan kesihatan bayi anda pasti terjamin.