Cara Sendawakan Bayi Ketika Tidur

3 min bacaan

Ia adalah perkara biasa bagi bayi untuk tidur semasa makan, sama ada semasa menyusu badan atau semasa menggunakan botol susu. Keadaan ini normal kerana sambil mereka menyusu dan mulai berasa kenyang, mereka sering menjadi gembira dan santai dan cenderung untuk terlelap.

Namun, cara sendawakan bayi ketika tidur dengan semasa berjaga selalu mengelirukan ibu baru. Bayi tertidur selalu dikejutkan apabila mereka cuba sendawakan bayi mereke. Ini biasanya berlaku pada waktu malam apabila tiba waktu tidur mereka. Walaupun bayi anda kelihatan tenang dan nyenyak tidur, adalah penting untuk mereka disendawakan sebelum dibaringkan ke dalam katil mereka.

Cara Sendawakan Bayi Ketika Tidur Dan Berjaga Berbeza Tak?

Cara sendawakan bayi ketika tidur sama seperti semasa berjaga. Apa yang perlu diubah mungkin pergerakan menggosok belakang badan bayi anda supaya bayi anda tenang dan tidak terbangun. Sebenarnya pergerakan anda menjadi lebih mudah semasa bayi anda sedang tidur.

Contohnya, kebanyakan ibu akan mendudukkan bayi mereka di atas lutut mereka sambil menampung kepala bayi mereka dengan memegang dagu bayi. Posisi ini menggunakan kuasa graviti dan berat badan bayi itu untuk mengeluarkan angin. Walau bagaimanapun, posisi ini hanya akan mengejutkan bayi anda. Oleh itu, elakkan kaedah ini jika anda ingin pastikan bayi anda kekal tenang dan nyenyak.

Untuk membuatkan bayi anda sendawa, mereka perlu diletakkan sedikit menegak supaya anda boleh memberikan sedikit tekanan di perut mereka. Jika bayi anda tidak membuang air besar selepas menyusu, mungkin anda perlu tukar lampin mereka sebelum menyusu pada waktu malam. Ini untuk mengelakkan anda mengejutkan bayi apabila mereka tertidur semasa menyusu.

Berikut adalah beberapa posisi yang sesuai untuk membuatkan bayi anda sendawa ketika tidur.

Yang Berkaitan:  Cara Penyimpanan Susu Ibu: Do's & Don'ts

Tukar kedudukan atau berhenti sebentar semasa menyusu

Jika bayi anda telah berasa mengantuk, mereka akan menyusu dengan banyak hingga tidak mereka perlu berhenti sebentar untuk sendawa. Anda perlu bantu bayi anda untuk sendawa dengan lembut dan untuk elakkan sebarang kembung perut yang akan memperlahankan susuan bayi anda.

Sendawakan bayi anda semasa anda menukar sisi semasa menyusukan bayi anda atau sebelum bayi anda menghabiskan susu dalam botol mereka. Ini akan membantu perut bayi anda menerima susu lagi dan bukannya sendawa dan memuntahkan susu yang diminum tadi.

Meletakkan di atas bahu

Jika anda memilih untuk meletakkan bayi anda separuh menegak, anda boleh letakkan bayi anda secara perlahan-lahan ke atas bahu anda. Bayi boleh tidur dengan selesa dalam keadaan begini di samping tekanan dari bahu anda ke perut mereka membantu mengeluarkan gas atau udara. Letakkan kain untuk mengelap jika bayi anda termuntah sedikit selepas sendawa.

Letakkan di dada anda

Jika anda masih mengekalkan posisi separuh menegak, anda boleh letakkan bayi anda di atas dada atau sternum anda. Anda boleh duduk di atas sofa untuk anda berasa selesa.

Bayi gemar menggulungkan badan mereka seperti posisi seekor katak (ini adalah baik kerana gas atau angin akan mudah dikeluarkan dari punggung mereka) dan anda juga boleh tampung kepala mereka dan tunggu bayi anda sendawa (atau buang angin).

Meletakkan bayi di lengan anda (gaya sloth)

Selepas menyusukan bayi, anda boleh mengubah posisi bayi pada 45º supaya perut mereka berada di atas lengan anda dengan selesa. Tampung kepala bayi anda di hujung siku anda. Kaki bayi anda mungkin akan tergantung di sebelah tangan anda.

Yang Berkaitan:  Cara Naikkan Berat Badan Bayi Menyusu Badan, Susu Formula dan Makanan Pejal

Posisi ini akan memberikan tekanan ke atas perut bayi anda dan anda boleh menepuk belakang bayi anda dengan lembut hingga mereka sendawa. Anda boleh lakukan pergerakan ini semasa berdiri atau duduk.

Baringkan bayi atas lutut

Jika anda sedang duduk di atas kerusi, letakkan bayi anda dalam posisi berbaring di atas perut mereka di atas lutut anda. Anda boleh gerakkan kaki anda ke sisi untuk mendodoikan bayi anda sambil menepuk atau menggosok belakang bayi anda hingga mereka sendawa. Bayi anda mungkin akan kekal tidur dalam posisi begini jika anda ingin kekal duduk.

Kesimpulan

Membuatkan bayi anda sendawa adalah penting untuk menjaga kesihatan tubuh mereka dan memastikan mereka selesa. Jika bayi anda tertidur, sendawa akan dapat membantu mereka untuk mengeluarkan gas atau angin yang mungkin akan membuatkan mereka tidak selesa dan terjaga lebih awal.