10 Cara Lebatkan Rambut Bayi

6 min bacaan

Tidak ada cara untuk meramalkan berapa banyak rambut bayi yang akan dilahirkan. Sesetengah bayi dilahirkan dengan rambut yang lebat dan lain-lain dilahirkan tanpa rambut. Walaupun bayi mempunyai rambut semasa kelahiran, rambut mereka boleh jatuh tidak lama selepas dilahirkan, kemudian tumbuh semula.

Rambut bayi gugur?

Anda boleh faham bahawa ia benar-benar normal bagi bayi yang baru lahir tidak mempunyai rambut atau mengalami keguguran rambut! Ia tidak menunjukkan masalah kesihatan asas.

Warna dan jumlah rambut bayi semasa kelahiran sebahagian besarnya disebabkan oleh genetik. Biasanya, pertumbuhan rambut berlaku pada kira-kira minggu ke-30 kehamilan. Jika rambut bayi anda mulai tumbuh di dalam rahim, mereka mungkin akan dilahirkan dengan rambut di kepala mereka.

Hormon juga memainkan peranan dalam jumlah rambut bayi yang baru lahir. Di dalam rahim, tahap hormon adalah tinggi, yang boleh mempercepatkan pertumbuhan rambut. Selepas kelahiran, tahap hormon akan turun pada kadar yang cepat. Akibatnya, pertumbuhan rambut bayi akan menjadi lambat.

Tidak lama selepas kelahiran, rambut bayi yang baru lahir juga memasuki kitaran pertumbuhan baru. Apabila ini berlaku, rambut mereka mungkin akan gugur. Bayi itu kemudiannya akan menjadi botak sementara sehingga rambut baru mereka tumbuh.

Cara lebatkan rambut bayi

Oleh itu tidak ada sebab untuk anda berasa terlalu bimbang tentang masalah keguguran rambut bayi anda. Namun anda mungkin berasa tidak sabar untuk rambut bayi anda tumbuh.

Jika ya, berikut adalah beberapa cara lebatkan rambut bayi yang boleh anda lakukan.

Sapukan minyak kelapa ke kepala bayi

Minyak kelapa kaya dengan vitamin E semula jadi, yang merupakan nutrien dengan sifat antioksidan. Ia bukan sahaja memberi manfaat kepada kulit ia juga boleh menggalakkan pertumbuhan rambut dengan meningkatkan peredaran darah ke kulit kepala.

Minyak kelapa juga menambah sinar kepada rambut dan boleh mencegah keguguran rambut.

Dalam kajian yang dijalankan pada 2003, penyelidik dapati minyak kelapa berguna pada rambut apabila digunakan sebagai bahan membasuh atau untuk mendandan. Apabila digabungkan dengan bunga matahari dan minyak mineral, ia membantu mengurangkan kehilangan protein rambut.

Untuk membantu merangsang rambut yang lebih tebal, penuh, perlahan-lahan sapukan minyak kelapa kepada kulit kepala bayi anda beberapa kali seminggu. Ini tidak hanya melembapkan rambut mereka; ia juga boleh membantu menghapuskan kerak kepala atau ‘cradle cap’.

Gunakan minyak kelapa organik atau yang asli – ia tidak bertapis, bermakna ia tidak diproses. Sapukan sedikit pada kulit kepala bayi anda dan biarkan minyak merata selama kira-kira 20 minit. Bilas kulit kepala mereka dengan air suam.

Berus atau gosok kulit kepala bayi anda

Sikat, gosok, atau urut kulit kepala bayi dengan perlahan-lahan juga boleh merangsang pertumbuhan rambut. Ini kerana aktiviti mendandan biasa boleh melonggarkan kerak kepala dan membuang kulit kering.

Di samping itu, menggosok menggalakkan peredaran darah ke kulit kepala dan folikel rambut. Selepas menggunakan minyak, perlahan-lada urut kulit kepala bayi dengan jari anda selama beberapa minit.

Ini membantu pertumbuhan rambut dan melegakan bayi anda dan jangan terkejut jika mereka tertidur.

Syampu dengan kerap

Anda mungkin gementar untuk mencuci rambut bayi anda, tetapi syampu rambut dengan kerap bagi memastikan kulit kepala mereka bersih dan juga melembutkan kerak kepala seterusnya tertanggal.

Sebaik sahaja bayi keluar dari fasa yang baru lahir (di mana anda perlu mandikan mereka hanya kira-kira sekali seminggu), basuh rambut mereka setiap 2 atau 3 hari. Pastikan anda menggunakan air suam dan syampu bayi yang rendah pH untuk kulit kepala mereka.

Pengumpulan kotoran pada kulit kepala bayi anda boleh menyebabkan kekeringan, yang boleh melambatkan pertumbuhan rambut.

Gunakan perapi rambut

Anda biasa menggunakan perapi rambut pada rambut anda selepas syampu, anda juga boleh menggunakan perapi pada rambut bayi anda.

Perapi adalah ejen pelembap yang menggantikan kelembapan yang hilang disebabkan oleh syampu. Ia membantu melindungi dan menguatkan rambut, yang boleh menggalakkan pertumbuhan dan mengurangkan kerosakan.

Perapi rambut sangat penting jika bayi anda mempunyai rambut bertekstur atau kerinting, yang boleh terdedah kepada kekeringan.

Sapukan perapi selepas syampu, kemudian bilas produk dari rambut bayi anda dengan air suam. Sekali lagi, pilih perapi mesra kanak-kanak yang lembut dan yang tidak memedihkan mata bayi.

Gunakan tuala lembut

Apabila mengeringkan rambut bayi anda selepas syampu dan perapi, anda perlu melakukannya selembut yang mungkin. Gunakan tuala lembut untuk mengeringkan rambut mereka dengan ringan.

Jika anda gunakan tuala yang kasar, ia berpotensi merosakkan folikel rambut muda mereka dan pertumbuhan rambut yang perlahan.

Leraikan rambut yang kusut

Anda perlu ingat bahawa rambut bertekstur atau kerinting boleh kusut dan bersimpul. Simpulan-simpulan ini boleh pecah, menyebabkan bayi anda kehilangan rambut.

Setiap hari, perlahan-lahan menggunakan berus lembut untuk menguraikan rambut bayi anda yang kusut.

Mengekalkan diet yang sihat

Diet yang sihat dan seimbang adalah penting untuk membantu pertumbuhan rambut bayi anda menjadi lebih tebal, dan lebat.
Jika bayi berumur sekurang-kurangnya 6 bulan, berikan mereka makan makanan pepejal yang kaya dengan zat besi, vitamin A, vitamin B, vitamin D, zink, dan protein.

Sebagai contoh, makanan vitamin A yang mesra bayi termasuk:

  • labu ‘butternut squash’
  • labu
  • lobak merah
  • mangga

Makanan yang kaya dengan vitamin B termasuk:

  • kekacang
  • daging
  • telur
  • bijirin penuh
  • kentang

Sayur-sayuran seperti sayur-sayuran berdaun hijau kaya dengan zat besi, yang membantu membawa darah dan oksigen ke folikel rambut dan merangsang pertumbuhan.

Jika anda menyusukan bayi anda, penting untuk anda mengamalkan diet yang sihat juga. Diet anda adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi anda. Makanan yang anda makan juga boleh menggalakkan pertumbuhan rambut.

Sapukan gelatin pada kulit kepala bayi anda

Gelatin adalah asid amino yang boleh merangsang pertumbuhan rambut apabila digunakan pada kulit kepala bayi.

Campurkan 1 sudu teh serbuk gelatin dengan air. Anda juga boleh campurkan satu sudu teh madu dan satu sudu teh cuka epal untuk membantu pertumbuhan rambut bayi anda.

Madu adalah antioksidan yang mengembalikan nutrien kepada rambut dan kulit kepala. Sementara itu, cuka epal membantu menggalakkan pertumbuhan rambut.

Sapu campuran gelatin kepada kulit kepala bayi anda dan biarkan ia selama 10 hingga 15 minit. Bilas gelatin dan syampu rambut bayi anda seperti biasa.

Elakkan rambut bersimpul

Jika bayi anda mempunyai beberapa helai rambut yang tinggal, anda mungkin terdorong untuk mengikatnya dalam bentuk ponytail kecil atau menggunakan klip rambut.

Tetapi mengikat rambut bayi anda terlalu ketat boleh merosakkan folikel rambut mereka dan menyebabkan keguguran rambut. Daripada menggunakan getah pengikat rambut, gunakan headband sutera yang lembut pada rambut.

Potong rambut bayi anda

Sesetengah ibu bapa teragak-agak untuk memotong rambut bayi mereka. Tetapi jika bayi anda mempunyai keguguran rambut atau kawasan botak, memotong rambut boleh menghilangkan rambut tumbuh tidak sekata dan membolehkan rambut mereka tumbuh sekata.

Terdapat satu kepercayaan adalah bahawa potongan rambut boleh memulakan pertumbuhan rambut. Walau bagaimanapun, idea ini tidak disokong oleh sains.

Jika anda membuat keputusan untuk memotong rambut bayi anda, potong rambut yang panjang dahulu. Jangan gunakan pencukur – anda mungkin secara tidak sengaja akan memotong kulit kepala bayi anda. Gunakan trimmer rambut.

Selepas memotong rambut bayi, sapukan pelembap pada kulit kepala mereka untuk mengurangkan kekeringan.

Kesimpulan

Sama ada bayi anda dilahirkan dengan rambut atau tanpa rambut, penting untuk anda tahu bahawa ia adalah normal untuk bayi mempunyai masalah dengan pertumbuhan rambut atau mengalami keguguran rambut selepas kelahiran.

Dalam kebanyakan kes, pertumbuhan rambut akan berlaku dalam tempoh 6 hingga 12 bulan pertama. Namun jika anda mempunyai sebarang kebimbangan, jangan teragak-agak untuk menghubungi doktor anda untuk mendapatkan kepastian.