10 Cara Hilangkan Sedu Bayi Dengan Cepat

3 min bacaan

Apabila anda telah berjaya kenalpasti sebab-sebab yang jelas yang membuatkan bayi anda menangis (lapar, lampin basah, terlebih tidur) dan pakar pediatrik anda tidak fikir dia sakit, cuba cara hilangkan sedu bayi dan tips-tips turun temurun ini untuk membantu membersihkan air mata dan membuat anda berdua berasa lebih baik.

Menggunakan swaddle

Kain bedung yang selesa ini akan memastikan bayi anda berasa selesa seolah-olah sedang dipeluk oleh anda. Pakar berfikir membedung bayi akan melegakannya kerana ia mewujudkan perasaan yang selesa dan seperti dalam rahim. Ramai ibu bapa mendapati dengan membedung bayi mereka akan membantu bayi berasa selesa dan tidur lebih lama.

Galakkan tabiat menghisap jari atau puting getah

Cara hilangkan sedu bayi - Galakkan tabiat menghisap jari atau puting getah

Bayi sering melegakan diri mereka dengan menghisap sesuatu yang tidak mengisi perut mereka tetapi menenangkan saraf mereka. Jika bayi anda menangis, bantu dia mencari ibu jari, penumbuk atau jarinya, atau hanya menawarkan salah satu jari anda sendiri.

Puting getah juga menggantikan jari, tetapi cuba tunggu sehingga bayi telah menyesuaikan diri dengan penyusuan susu ibu dengan baik sebelum memperkenalkan ia.

Cuba alat pembawa bayi di hadapan atau sling

Mendukung bayi anda dengan menggunakan alat pembawa bayi dan berjalan di sekeliling adalah cara yang baik untuk melegakannya. Bayi menikmati perasaan berada rapat dengan anda dan rentak langkah anda. Alat pembawa bayi amat berguna dalam keadaan ini, kerana tangan anda bebas untuk melakukan perkara lain.

Anda boleh letakkan bayi anda menghadap badan anda menggunakan alat pembawa bayi di hadapan atau menggunakan sling untuk tiga (3) bulan pertama jika bayi anda memerlukan sokongan tambahan untuk kepalanya. Anda juga boleh menggunakan sling, yang sangat berguna untuk menenangkan bayi anda di mana sahaja dan boleh ditukar ke bahagian sisi atau belakang apabila bayi anda membesar.

Yang Berkaitan:  Kenali Ruam Bayi: Punca, Jenis, Rawatan dan Langkah Pencegahan

Ayun, buai atau luncur. Pegang bayi semasa anda duduk di kerusi goyang atau glider, atau letakkannya dalam buaian bayi bermotor atau kerusi bergerak automatik. Pastikan anda mengikuti arahan keselamatan pengilang mengenai umur dan had berat untuk sebelum menggunakan alat ini.

Mainkan ‘white noise’

Sesetengah bayi akan berasa tenang mendengar bunyi irama yang mengejut, yang mungkin mengingatkan mereka pada rahim. Anda boleh cuba pembersih hampagas, pengering rambut atau kipas. Anda juga boleh beli mesin ‘white noise’ atau cuba mendodoikan bayi anda dengan bunyi “Shhhhhhh”.

Nyanyikan lagu

Bayi anda tidak tahu sama ada anda menyanyi dengan sumbang atau tidak. Apa yang dia tahu adalah bahawa anda sedang menunjukkan kasih sayang anda kepadanya melalui lagu. Jika bayi anda meragam dan moodnya tidak baik, nyanyikan lagu dodoian, lagu cinta tahun 80-an atau apa-apa lagu yang anda tahu.

Mandi

Jika bayi anda berada dalam mood yang baik dan bertenang semasa mandi, isi tab mandi dengan air suam, dan jadikannya rutin tetap untuk menenangkannya.

Mengurut bayi anda

Mengurut bayi anda boleh menjadi perkara santai untuk anda dan bayi anda, dan cara yang baik untuk menenangkan krisis si manja anda. Anda boleh bereksperimen dengan losyen atau minyak urut bayi khas, jika anda mahu. Gunakan sentuhan lembut yang padu tetapi tidak akan membuatkan berasa geli. Beri perhatian pada tanda yang ditunjukkan oleh bayi anda.

Cuba ‘colic carry’

cara dukung bayi - pegangan perut

Ia adalah posisi yang anda lakukan untuk membantu bayi anda membuang angin. Jika bayi anda menangis dengan teruk, apa yang diperlukan adalah beberapa tekanan pada perutnya atau apa yang dikenali sebagai “colic carry”. Ia membantu melegakan gas dan kolik.

Yang Berkaitan:  Cara Merawat Bayi Demam Dengan Selamat

Anda perlu letakkan bayi anda di atas perutnya pada lengan bawah anda, sambil menampung kepalanya menggunakan tangan anda dan menggunakan tangan anda yang lain untuk menstabilkan dia dan menggosok belakangnya.

Atau meletakkan dia di belakangnya dan perlahan-lahan gerakkan kakinya dalam posisi mengayuh basikal selama 10 saat, kemudian lepaskan dan ulangi.

Bersiar-siar di luar

Mungkin apa yang diperlukan supaya bayi anda serta anda bertenang adalah keluar dari bilik atau rumah anda seketika. Cahaya, udara dan suhu, ditambah dengan pemandangan, bunyi dan bau baru akan meningkatkan mood anda berdua.

Hiburkan bayi anda

Bayi juga boleh berasa bosan dan akan meragam. Untuk memastikan si manja anda terhibur, cuba lakonkan aksi yang menarik seperti yang ditonton di televisyen, diiringi dengan bunyi pelik dan tunjukkan pelbagai jenis ekspresi animasi.

Anda juga boleh bermain di atas lantai dengan dia dan menunjukkan bagaimana mainannya bergerak dan berbunyi, membaca buku yang mempunyai lagu latar atau memainkan beberapa lagu dan menari mengikut lagu.