Cara Hilangkan Kahak Bayi Baru Lahir Dengan Cepat

6 min bacaan

Pasti ibu-ibu sedar tentang cecair yang sering keluar dari hidung, kerongkong dan mulut bayi anda bukan? Ia adalah kahak atau hingus dan jangan risau kerana ia adalah bukanlah sesuatu yang membahayakan.

Ia sebenarnya sangat penting dalam memastikan bayi anda kekal sihat. Cecair yang melekit ini membantu mengekalkan hidung, mulut dan kerongkong sentiasa lembap dan lembut. Cecair ini yang juga dikenali sebagai mukus berperanan untuk melindungi bayi dengan menghalang kuman masuk ke dalam tubuh mereka.

Namun anda perlu mengelap atau membersihkan lebihan mukus atau cecair yang keluar dengan cara hilangkan kahak bayi kerana ia boleh membuatkan kerongkong atau hidung bayi anda tersumbat. Mukus adakalanya menjadi gejala yang menunjukkan bayi anda tidak sihat atau dijangkiti kuman.

Warna mukus yang berubah warna

Jenis mukus serta warnanya yang dikeluarkan oleh bayi anda menggambarkan tahap kesihatan bayi anda. Dalam sesetengah situasi pula, ia mungkin menjadi petanda bayi anda sedang tidak sihat.

Perhatikan perkara-perkara berikut:

  • kahak yang jernih : anda boleh anggap bayi anda sihat
  • kahak berwarna putih yang pekat atau warna kelabu : ia mungkin tiada apa-apa atau ia mungkin gejala radang sinus
  • kahak berwarna kekuningan : bayi anda mungkin alami selsema yang ringan atau sedikit letih
  • kahak berwarna kehijauan atau coklat : ia agak berbahaya kerana ia mungkin jangkitan bakteria atau jangkitan virus yang mungkin akan menukarkan warna mukus menjadi kehijauan
  • kahak berwarna merah atau coklat : bayi anda mungkin ada darah atau kotoran dalam mukus mereka yang perlu diperiksa segera

Bayi mungkin akan berasa tidak selesa jika mempunyai mukus atau kahak yang terlalu banyak. Mereka akan mengalami kesukaran bernafas dan tidur.

Anda mungkin akan perasan bayi anda mengeluarkan bunyi semasa menarik nafasnya atau bernafas dengan kadar yang laju. Mereka mungkin akan bersin, batuk atau muntah kerana tubuh kecil mereka sedang cuba mengeluarkan lebihan kahak tersebut.

Walaupun mukus biasanya melindungi bayi anda daripada kuman, jika bayi anda mempunyai kahak yang sangat banyak ia akan menjadi punca pembiakan kuman dan menyebabkan penyakit pula. Oleh itu sangat penting untuk anda perhatikan keadaan bayi anda dan membersihkan atau menyedut keluar kahak yang kelihatan banyak.

Berikut adalah beberapa rawatan yang anda boleh lakukan di rumah

  • lap atau bersihkan lebihan mukus menggunakan kain yang lembut atau tisu
  • gunakan penyedut yang bersih dan telah disterilkan untuk menyedut keluar cecair lebihan bayi anda
  • gunakan alat semburan hidung untuk mencairkan hingus yang kering dan keluarkan ia dari hidung bayi anda
  • gunakan pelembap udara yang dingin di bilik bayi anda untuk melembapkan udara. Bersihkan alat pelembap udara tersebut dengan kerap supaya kulat atau bakteria tidak membiak di dalamnya.
  • mandikan bayi anda dengan air suam. Bernafas dalam bilik penuh wap membantu mengeluarkan mukus. Pantau bayi anda semasa mandi.
  • beri bayi anda susu atau makanan sekerap yang mungkin untuk memastikan mereka terhidrat.
  • bersihkan rumah dengan penyedut hampagas untuk menyedut habuk dan bulu haiwan peliharaan yang boleh menyebabkan alahan.
  • letakkan bayi anda di atas lutut anda dan mengurut belakang mereka dengan lembut untuk mengeluarkan kahak.

Perkara yang dilarang anda lakukan untuk mengeluarkan mukus

Cara-cara hilangkan kahak bayi dengan menggunakan alat penyedut (bulb syringe)

  1. Didihkan dan sejukkan air bersih untuk digunakan untuk membersihkan alat penyedut.
  2. Basuh tangan anda dengan bersih.
  3. Letakkan bayi anda dalam keadaan kepalanya lebih rendah dari dada mereka.
  4. Pegang alat penyedut dan picitkannya untuk keluarkan udara.
  5. Letakkan alat penyedut dalam lubang hidung bayi anda (sambil terus memicitnya) dan lepaskannya perlahan-lahan. Apabila udara disedut ke dalam alat itu, mukus juga akan disedut bersama.
  6. Kosongkan alat penyedut tersebut di mangkuk lain.
  7. Ulang langkah yang sama di lubang hidung yang lain.
  8. Selepas penggunaan, bersihkan alat penyedut menggunakan air yang telah dididihkan.
  9. Pastikan alat penyedut tersebut dikeringkan dengan betul bagi mengelakkan kulat merebak.

Cara hilangkan kahak bayi guna lemon

Di Ontario, Kanada, para pengkaji menganggap minyak lemon boleh digunakan sebagai ekspektoran yang boleh disedut. Mereka telah melakukan eksperimen dengan memberikan minyak lemon dalam bentuk wap ke atas arnab yang telah dibius. Arnab tersebut akan menyedut wap minyak lemon itu untuk mengeluarkan kahak yang menyumbat saluran pernafasannya.

Eksperimen yang dijalankan menyaksikan pengeluaran kahak yang banyak dan dalam masa yang mengurangkan jumlah cecair dalam saluran pernafasan arnab tersebut. Menurut pengkaji, minyak lemon itu mengandungi bahan yang merangsang sel secretory yang berada di laluan pernafasan. Ia seterusnya membantu peningkatan jumlah dan kepadatan mukus tersebut.

Baca selanjutnya mengenai kajian ini: https://www.sciencedirect.com/science/article/abs/pii/S0031698970800273

Mereka percaya bahawa kesan-kesan ini disebabkan oleh kewujudan bahan aktif iaitu pinene dan limonene dalam minyak lemon tersebut.

Cara mudah menggunakan minyak lemon untuk merawat kahak

  • Campurkan 2 sudu teh jus lemon dengan air suam dan kacau.
  • Tuang satu titis minyak lemon dan 1 sudu teh madu.
  • Kacau perlahan untuk mencampurkan semua bahan.
  • Minum air tersebut sebanyak 3 kali sehari dalam tempoh satu minggu.
  • Gunakan air suam berbanding air sejuk.

Cara hilangkan kahak bayi dengan bawang putih

Sejarah menyatakan bahawa penggunaan bawang putih bermula semasa pembinaan kuil Greek dan piramid Egypt lagi. Hippocrates juga menyatakan bahawa bawang putih digunakan untuk melegakan pelbagai penyakit. Penggunaan bawang putih kini masih sama, untuk merawat pelbagai penyakit.

Antaranya masalah usus, tuberculosis, jangkitan parasit, cirit birit dan lain-lain. Jika anda mengalami masalah menghilangkan kahak, bawang putih boleh dijadikan ubat. Pakar herba Afrika telah menggunakan bawang putih sejak dulu untuk merawat jangkitan berkaitan dengan pernafasan termasuk asma.

Bawang putih bertindak sebagai ejen antimikrobial, ia boleh mematikan jangkitan virus dan bakteria yang sering menyebabkan kahak.

Makan bawang putih untuk legakan jangkitan

  • Kupas 3 ulas bawang putih dan hancurkannya.
  • Potong menjadi hirisan yang halus.
  • Tambah 2 sudu teh gula dan kisar bersama bawang putih tadi.
  • Biarkan ia selama 30 minit.
  • Kemudian makan campuran bawang putih dan gula yang telah menjadi pes tadi dua (2) kali sehari.

Petua ini telah diamalkan dari dulu tetapi dipercayai sangat efektif.

Cara hilangkan kahak bayi guna daun sirih

Daun sirih yang direndam dalam minyak kastor atau minyak biji sawi diletakkan di dada bayi dan ditekap dengan kain yang direndam dalam air sederhana panas. Ia adalah untuk mencairkan kahak di dada.

Tips mengeluarkan hingus atau kahak bayi

  • Bersihkan alat penyedut dengan air panas semasa menggunakannya. Anda juga boleh bersihkan ia dengan air sabun yang suam dan keringkan ia dengan betul.
  • Jika kahak bayi anda sangat pekat, cairkan ia dahulu. Titiskan ubat titis ke dalam hidung bayi anda atau mulut sebelum menyedut mukus keluar.
  • Elakkan menyedut mukus secara berlebihan. Bayi anda perlukan sedikit mukus untuk kekal sihat.
  • Jika bayi anda tidak suka kahak atau hingus mereka disedut dan menangis, hentikan dulu sementara. Bayi anda mungkin tidak selesa, hidung mereka terluka atau kerongkong mereka kering.
  • Jangan gunakan alat penyedut yang sama untuk kanak-kanak lain.

Kesimpulan

Bayi anda memerlukan mukus dalam hidung, mulut dan kerongkong untuk kekal sihat kerana mukus mempunyai peranan yang penting untuk tubuh mereka, anda tidak perlu berasa bimbang asalkan bayi anda makan dan minum, tidur dan bernafas seperti biasa.

Perhatikan warna dan jenis mukus, kahak atau hingus yang dikeluarkan oleh bayi anda. Kahak atau hingus yang jernih adalah petanda bayi anda sihat. Segera hubungi doktor jika anda dapati warna kahak atau hingus bayi anda berubah.