7 Cara Hilang Batuk Bayi Di Rumah Tanpa Bantuan Doktor

6 min bacaan

Jika bayi anda kerap batuk, kemungkinan besar dia mempunyai jangkitan selesema atau virus. Mujurlah, terdapat cara mudah bahawa anda boleh membantu anak anda berasa lebih selesa dan menghentikan batuk – dan anda boleh melakukannya di rumah. Berikut adalah 7 cara hilang batuk bayi yang boleh dicuba di rumah:

Ubat cecair

Adalah penting untuk memastikan tubuh bayi anda mempunyai air yang mencukupi atau terhidrat secukupnya. Ini bagi memudahkan aliran mukus atau lendir apabila bayi anda batuk. Jika bayi anda kurang air atau mengalami dehidrasi, hingus atau rembesan yang dikeluarkan akan menjadi kering dan sukar untuk dihilangkan apabila bayi anda batuk.

Oleh itu, penyusuan perlu dilakukan dengan kerap atau mengikut keperluan bayi anda. Pakar mengatakan cecair tambahan tidak diperlukan dan apa yang ibu perlu buat ialah memastikan penyusuan diberikan mengikut sukatan yang normal.

Susu ibu atau susu formula diberikan kepada bayi yang berusia bawah satu tahun. Manakala bagi bayi yang berusia satu tahun ke atas, anda boleh memberikan air kosong atau jus tanpa gula.

Penggunaan ubat titis hidung (saline drops)

Satu lagi cara yang boleh digunakan oleh ibu-ibu untuk melembutkan hingus atau rembesan di dalam hidung bayi adalah dengan menggunakan ubat titis hidung atau saline drops. Ia boleh dibeli di farmasi setelah merujuk dengan doktor.

Apakah kaitan dengan hidung dan batuk? Jika bayi anda mengalami selsema, terdapat banyak kaitan antara keduanya. Mukus dalam hidung bayi anda boleh merebak ke bahagian hidung yang paling dalam seterusnya ke kerongkong dan menyebabkan postnatal drip.

Keadaan ini akan membuatkan kerongkong bayi anda berasa tidak selesa, dan bayi anda akan menghasilkan bunyi batuk yang kasar dan berkahak. Bunyi ini datang dari kerongkong dan bukan dari dada bayi anda. Anda mungkin akan perasan batuk ini berlaku selepas bayi anda terjaga.

Yang Berkaitan:  Cara Hilangkan Kahak Bayi Baru Lahir Dengan Cepat

Gunakan ubat titis (saline drops) sebanyak dua hingga tiga titisan ke dalam hidung bayi anda beberapa kali sepanjang hari. Bayi anda mungkin tidak akan suka dengan titisan yang melalui hidung mereka dan mungkin aka bersin. Ini adalah perkara biasa ya.

Cuba sedut hingus atau mukus bayi anda

Anda boleh cuba menyedut hingus atau mukus keluar dari hidung bayi anda sebelum ia merebak ke kerongkong dan menjadi lebih teruk. Caranya adalah seperti berikut.

  1. Selepas menggunakan ubat titis (saline drops), ambil penyedut hidung yang dikenali sebagai bulb syringe.
  2. Picitkan ia untuk mengeluarkan udara, kemudian masukkan ia ke dalam hidung bayi anda sekitar 1/4 hingga 1/2 inci dalam.
  3. Kemudian lepaskan picitan tadi untuk menyedut keluar mukus atau hingus dari hidung bayi anda.
  4. Keluarkan penyedut hidung tadi untuk dibersihkan dan ulang kaedah tadi di kedua-dua lubang hidung bayi anda beberapa kali hingga anda rasa semua mukus atau hingus telah berjaya dikeluarkan.

Anda boleh ulangi cara ini beberapa kali sepanjang hari tetapi ingat ya, hidung bayi anda mungkin akan luka atau tidak selesa jika ia dilakukan dengan terlalu kerap.

Menggunakan air humidifier

Penggunaan air humidifier atau alat pelembap udara mulai menjadi keperluan bagi kebanyakan rumah sekarang. Memastikan udara yang dihirup oleh bayi anda bersih dari kuman dan melembapkan udara untuk bayi anda adalah antara cara hilang batuk bayi yang berkesan.

Anda boleh membeli ‘air humidifier’ untuk menambahkan kelembapan dalam udara di bilik bayi anda. Namun doktor berpendapat bahawa peralatan sebegini tidak mencukupi untuk memastikan udara cukup lembap dan ia juga agak sukar dibersihkan.

Salah satu cara lain ialah menjadikan bilik air anda sebagai bilik sauna atau bilik stim. Buka air panas, tutup pintu bilik air dan biarkan udara dalam bilik air anda menjadi lembap. Lakukan perkara ini selama 10 – 15 minit dah mencukupi.

Selain itu, anda juga boleh cuba untuk mengurut dada dan belakang badan bayi anda untuk ‘melonggarkan’ atau mencairkan hingus atau mulus yang pekat dan degil. Anda boleh cuba urut atau gosok belakang badan bayi anda kuat sedikit berbanding semasa anda ingin cuba buat bayi anda sendawa.

Yang Berkaitan:  Petua Hilangkan Sembelit Bayi Selepas Tanda Sembelit Dikesan

Beri makan madu lebah (bagi bayi berusia satu tahun ke atas)

Bagi bayi yang telah berusia satu tahun ke atas, anda sudah boleh memberikannya madu lebah sebelum tidur atau tidur siang. Madu ini akan membantu melegakan rasa tidak selesa di kerongkong bayi anda. Kajian perubatan mendapati bahawa penggunaan madu lebah ini sama efektif dengan penggunaan ubat OTC suppressant dextromethorphan.

Berikan bayi anda setengah ke satu sudu teh madu mengikut keperluan bayi anda. Walau bagaimanapun, madu tidak sesuai digunakan ke atas bayi berusia kurang dari satu tahun. Ini kerana madu boleh menyebabkan bayi anda mengalami botulism, sejenis keracunan makanan yang jarang berlaku.

Naikkan kepala bayi anda dengan bantal tambahan

Jika anda perasan, bayi lebih cenderung untuk batuk pada waktu malam. Nak tahu mengapa? Pakar mencadangkan untuk ibu-ibu meletakkan bantal tambahan untuk meninggikan kepala bayi mereka seterusnya memudahkan pernafasan bayi.

Namun, anda perlu berhati-hati dan ingat bahawa bantal tambahan atau bantal sokongan tidak boleh digunakan di kalangan bayi yang berusia satu tahun ke bawah. Anda boleh rujuk doktor anda tentang cara yang sesuai untuk membantu bayi anda tidur dengan nyenyak. Ada yang ingin tahu tentang meninggikan bahagian kepala bayi mereka dengan meninggikan bahagian kepala katil bayi mereka.

Persatuan Pengguna dan Keselamatan Produk Amerika Syarikat telah memberi amaran untuk tidak menggunakan alat bantu tidur seperti kerusi bayi untuk kereta (car-seats), bouncers atau alat lain yang tidak dibenarkan kerana boleh membahayakan nyawa bayi kerana posisi bayi yang tidak sesuai akibat penggunaan alat-alat tersebut. Ia juga meningkatkan risiko kematian mengejut (Sudden Infant Death Syndrome, SIDS).

Jika anda risau dengan keadaan bayi anda dan adakah mereka sedang bernafas dengan baik, mungkin anda boleh tidur sebilik dengan mereka. Dengan cara ini, anda akan dapat bantu bayi anda jika berlaku kecemasan.

Yang Berkaitan:  Kenali Ruam Di Muka Bayi: Jenis, Punca dan Rawatan

Kenalpasti punca yang menyebabkan ketidakselesaan bayi

Mungkin anda boleh cuba hilangkan atau buang perkara-perkara yang boleh menjadi punca asma atau alahan. Antara punca yang perlu dibuang adalah asap rokok, habuk, kulat dan sebarang perkara yang boleh menyebabkan alahan kepada bayi anda.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) turut menambah supaya anda elakkan berada di kawasan yang mempunyai kualiti uadar yang teruk dan tercemar.

Perkara yang boleh menjadikan udara di rumah anda bersih:

  • tidak merokok di dalam rumah atau berhampiran bayi anda (asap rokok akan melekat pada kain, dan pakaian. Jadi berhenti merokok adalah langkah terbaik).
  • menggunakan pembersih hampagas (vacuum) yang mempunyai penapis penyerap udara partikulat berefisiensi tinggi (HEPA).
  • menggunakan pembersih udara atau air purifier yang mempunyai penapis HEPA.
  • memastikan udara di rumah anda berada dalam keadaan lembap sekitar 40% hingga 50%.
  • jauhkan haiwan peliharaan dari tempat tidur bayi anda.
  • menggunakan cadar dan sarung bantal anti alahan.

Batuk dan ubat tradisional

Bayi berumur 3 bulan hingga 1 tahun – beri minuman suam (seperti jus epal atau lemonade). Dos: 1-3 sudu teh (5-15ml) sebanyak empat (4) kali sehari apabila bayi anda batuk. Jika bayi anda berusia 3 bulan ke bawah, rujuk doktor kanak-kanak untuk mendapatkan rawatan lanjut. Perhatian: Penggunaan madu lebah adalah untuk bayi yang berusia satu tahun ke atas.

Bayi berumur satu tahun ke atas – beri madu lebah sebanyak 1/2 hingga 1 sudu teh (2 hingga 5ml) mengikut keperluan. Jika anda tidak ada madu lebah, anda juga boleh gunakan sirap yang dibuat dari pati jagung (corn syrup) untuk meredakan batuk pada waktu malam.

Kanak-kanak berusia 6 tahun ke atas – beri ubat batuk (berbentuk lozeng) untuk mengurangkan rasa gatal kerongkong yang mengganggu anak anda. Jika anda tidak ada ubat batuk ini, anda boleh berikan anak anda gula-gula keras. Elakkan penggunaan ubat batuk (lozeng) bagi kanak-kanak bawah 6 tahun bagi mengelakkan mereka tercekik.

Batuk yang teruk dan lama – wap dari air mandi yang panas dapat membantu.